Friday, 21 June 2013

Lady in Machang: Mentari Court, Bandar Sunway


assalamualaikum...

dah nak masuk 3 bulan menghuni di Mentari Court.


apartment ni ada 17 tingkat.

memang berbeza la dengan rumah sebijik 

kat kampung tu.

level G biasanya di penuhi oleh 

kaum India. Mungkin sebab kepercayaan agama.

Level 17 di penuhi oleh warga Bangla,

Nepal, Myanmar, Indon dan awang hitam!


Apartment ni ada 5 blok semuanya (Blok A,B,C,D,E)

aku duk blok B, dekat sikit dengan 

pintu keluar utama.

kalau ada kenderaan sendiri, memang

sesuai duk kat blok E. Pintu keluar ada 1 je,

dekat Blok A, so bagi la chance

kat orang yang x de kenderaan sendiri 

duk dekat blok A atau B. (aku ler tu)


kat Mentari Court ada di sediakan taman 

permainan dan kolam renang. 

semua gambar adalah insan cik google.

sebab x kuasa nak p amik gambar kat 

kolam renang. ngeri makk.....


kat sini ada surau. tapi, kecik je la.

1 untuk muslimin, 1 lagi untuk muslimat.

ada disediakan kelas mengaji al Quran 

tapi untuk budak2 yang bersekolah

rendah je. Mungkin bulan puasa nanti,

start aktif kot..



banyak kemudahan kat sini. kalau baru

pindah tu, x payah runsing. kedai

jual perabot sume ada. runsing duit 

ada ke x jer..

kedai makan lagi la x yah runsing.

memang melambak depan pintu utama.

cyber cafe pon hado. kalo line slow 

sangat dalam umah, p la CC.

gerenti line laju..



Mentari court ni dekat dengan KTM 

(KTM Setia Jaya)


kalo nak p shah alam (kalau x nak naik bus)

bole guna ktm..lagi selesa.

ke kay ell pon senang. balik 

kampung lak, naik ktm ke putra,

jalan sikit, terus sampai ke

terminal bus putra!



sebelah Mentari Court ade Leisure 

Commerce Square (LCS)..

setiap kali nak kerja, memang

guna pejalan kaki company ni.

thanks sebab buat pejalan kaki yang cantik

dan redup. Jalan kaki 15 minit ke bus stand.

nasib baik bus banyak menghala ke S.alam.


satu - satunya ATM ada kat 

bangunan ni. Memang terhad. Dan opkos,

xde bank islam punya ATM.

p/s: tq to minah2 n mamat2 warga asing 

yang menjadi peneman berjalan kaki

ke bus stand.



Friday, 7 June 2013

A Lady in Machang : Happy Birthday to Najla

assalamualaikum....

happy born day to my frend, Siti NurFazillatulnajla.

sweet 21 years old!

semoga kehidupan berjalan lancar d dunia 

dan juga di akhirat.


ni la kawan yg sudi menumpangkan aku tidur

di bilik dia dulu time belajar kat palam.

ni la kawan se geng bus sani express.

ni la kawan menangis bila touching2.

ni la kawan se running man.

ni la kawan yg selalu kene lenyek ngan aku.

ni la kawan yg selalu kena tinggal kat terminal sani,

sebab bus ke terengganu lambat 15 minit 

kalau di bandingkan ke Machang.



tq najla for everything!

maaf di pinta jika ada salah dan silap.

p/s : harap dapat jumpa lagi 

Sunday, 2 June 2013

Lady in Machang : Putra Bus Station


assalamualaikum...

hari keputeraan yang di pertuan agung = CUTI!

setelah 2 bulan merantau, akhirnya balik

jugak ke kampung!

kat kampung x de yang berubah pon.

sama macam dulu2. Balik sebab nak jumpa abah!

Punya la gigih nak balik kampung,

sanggup p naik bus kat Putra sane.

Time belajar kat Palam dulu,naik kat SANI EXPRESS KLANG,

skunk terpaksa naik kat Putra (tp still naik bus sani).

sebab dah 'menetap' kat Bandar Sunway,

nak x nak kena naik kat Putra.

Boleh je nak naik kat Shah Alam,

tapi, kekangan masa. Kerja habis pon dah 

pukul 6.30 pm, bus bertolak dari Putra je yang pukul 10.

Kat tenpat lain, pukul 8.30 & 9.00pm.

memang x sempat r...

time balik hari tu, stesen Putra penuh dengan 

student UM & UIAM.

dan aku...sorang2..time ni, 

teringat zaman naik bus SANI ramai2 kat PALAM.

sedih je hati bila teringat..

sebelum sampai kat PUTRA dah bersedih da.

sebab naik komuter dari SETIA JAYA pon sorang2.

Ape la nasib, harap2 dapat balik

kampung beramai-ramai macam dulu lagi!

terkial- kial jugak la kat PUTRA tu.

1st time la kata kan..

tempat tu pon besar..

rindu geng2 SANI EXPRESS

(Najla,Sina,Syu,Ina,Am,Tira,Ada,Hajar)

p/s : tiket ke Machang dari PUTRA murah rm5..keke